Advokasi Teknologi dan Anda - ICT Dan Keselamatan Dalam Penggunaannya
TARIKH : 20 Ogos 2020MASA :03.30 petang – 4.30 petang LOKASI : PI FELDA PALONG 7 PERSERTA : 08 ORANG |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta apa yang mereka boleh kongsikan dan jangan kongsikan maklumat di media sosial dan bagaimana ianya boleh memberi manfaat kepada pengguna laman maya. Ini bertujuan untuk memanfaatkan ICT yang ada pada masa kini.
Aktiviti
Peserta dapat menghindari diri mereka dari menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara yang tidak bermanfaat. Dapat memupuk diri supaya menjadi seorang yang memanfaatkan ICT dan sentiasa berfikiran positif sebelum berkongsi sesuatu maklumat. Perlu memikirkan apa akibat yang berlaku sekiranya perkara negatif terjadi kepada rakan, keluarga ataupun kenalan mereka.
Penggunaan dan Pembelian di Shoopee,Dan Lazada(Kelas 1)
TARIKH : 14 Ogos 2020MASA :9.30 Pagi – 12.30 tengahari LOKASI : PI FELDA PALONG 7 PERSERTA : 08 ORANG |
Tujuan
Meningkatkan pengetahuan dalam pemasaran dalam penggunaan media-media terkini bagi meningkatkan penjualan produk yang dijalankan
Aktiviti
Menambah cabang dalam pemasaran perniagaan kepada peniaga.
E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN)
TARIKH : 11 JULAI 2020MASA :10.30 pagi – 12.00 tengahari LOKASI : PI FELDA PALONG 7 PERSERTA : 09 ORANG |
Tujuan
Bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan mereka dan memberi daya tarikan baharu dalam dunia IT. Memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar dari peringkat sekolah rendah lagi.
Aktiviti
Dapat meningkatakan ilmu pengetahuan dikalangan murid.Dapat memberi kerjasama didalam suatu kelas.
Memupuk nilai kekawanan apabila belajarSaling membantu terhadap mereka yang kurang faham terhadap IT.Memberi impak yang positif dalam aspek pendidikan.
Advokasi – Aduan dan Sumber Rujukan bagi Sesuatu Maklumat (Barita Palsu/ Berita sahih)
TARIKH : 02 Ogos 2020MASA : 2.30 petang – 03.30 petang LOKASI : PI FELDA PALONG 7 PERSERTA : 05 ORANG |
Tujuan
Menerangkan sumber yang boleh dirujuk jika ingin menentukan sesuatu berita palsu atau tidak.
Aktiviti
Menggunakan laman web Sebenarnya.my sebagai rujukan utama kepada peserta
KLIK DENGAN BIJAK (INTERNET)
TARIKH : 11 JULAI 2020MASA : 09.30 pagi – 10.30 pagi LOKASI : PI FELDA PALONG 7 PERSERTA : 09 ORANG |
Tujuan
Mendedahkan kepada pengguna perkara berkaitan internet. Apa yang mereka perlu lakukan semasa menggunakan internet supaya tidak menyalahgunakan kemudahan yang ada.
Aktiviti
Pengguna akan lebih berhati-hati apabila menggunakan internet. Ini bertujuaan untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini berlaku keatas diri mereka.Mereka juga lebih memahami apa itu perkara berkaitan dengan internet. Tiadalah mereka salah untuk memilih saluran yang bersesuaian untuk memulakan langkah penggunaan IT.