SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN FELDA PALONG 7
http://feldapalong7.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/34-pendidikan#sigFreeIde137f71dd9
Ditubuhkan pada : 1990
Bilangan Guru Terkini 2013: 43 orang
Bilangan Pelajar Terkini : 529 orang
Pengetua : Puan Umi Kalthum Binti Mustaffa
Telefon : 06-4645464
Fax: 06-4645588
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Palong 7 atau nama ringkasnya SMK (Felda) Palong 7, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Palong Tujuh.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Palong 7 memiliki 439 pelajar lelaki dan 379 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 818 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2009
SEJARAH
PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (Felda) terletak 40 km ke Timur dari Bandar Seri Jempol dan 60 km dari Bandar Bahau. Sekolah ini siap dibina pada 4 Disember 1989 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 1990. Di awal pembukaannya terdapat 10 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru dengan menerima 180 pelajar dari kawasan Felda Palong 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15 dan 16. Terdapat 12 bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik ERT, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan kemudahan lain iaitu satu gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar.
Dalam tahun 1993 jumlah pelajar bertambah kepada 807 dan guru meningkat kepada 44 orang. Pada tahun 1997 secara rasminya Sekolah Menengah Palong Tujuh (F) telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (F).
Senarai pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak ianya dibuka.
BIL: NAMA PENGETUA TERAKHIR BERKHIDMAT
1 En.Ahmad bin Hussien 04.12.1989 – 28.02.1992
2 Tn. Hj. Sayuti Bin Mamat 02.03.1992 – 30.12.1997
3 En. Abu Hassan Bin Ja’alam 01.04.1998 – 30.03.1999
4 En. Nik Mohd Hassan Bin Wan Muhammad 01.04.1999 – 30.03.2004
5 En. Mustaffa Bin Mohamed 01.04.2004 – 05.01.2009
6 En. Zakaria Bin Sapri 06.01.2009 - sekarang
PENCAPAIAN
SMK PALONG 7 telah mencapai pelbagai pencapaian yang membanggakan, sekolah ini paling menyerlah dalam aktiviti kokurikulum terutama dalam aktiviti kawad kaki. Pasukan badan beruniform sekolah ini yang menyerlah adalah pasukan Kadet Polis lelaki & perempuan, Pasukan Pengakap lelaki & perempuan dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah Lelaki dan perempuan. pencapaian yang paling membanggakan adalah : Kadet Polis Lelaki = Johan Kebangsaan KRS Lelaki = Johan Kebangsaan KRS Perempuan = Johan Kebangsaan Pengakap Perempuan = Johan Kebangsaan PBSM Lelaki = N/Johan Kebangsaan Kadet Polis Perempuan = N/Johan Kebangsaan
• Semua kejayaan ini dicapai dalam satu tahun yang sama, dan yang lebih membanggakan 6 pasukan kawad kaki sekolah ini telah mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan sebanyak 9 tahun berturut-turut. Sekolah ini juga merupakan satu-satunya sekolah di Malaysia yang berjaya menghantar 6 pasukan ke peringkat kebangsaan. Setakat ini belum ada mana-mana sekolah yang mampu memecah rekod sekolah ini.
Alamat
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Palong 7
Felda Palong Tujuh
73470, Gemas
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064645464
Fax = 606464558
MATLAMAT SMKP7 (f)
1. Memartabatkan pelajar ke tahap yang lebih gemilang melalui corak pendidikan yang berkesan dan berkualiti.
2. Menggerakkan secara kolektif disamping meningkatkan martabat profesion perguruan dengan menanam kesedaran dikalangan pendidik.
3. Sentiasa menilai pencapaian diri dan kelemahan sendiri sebelum dapat melakukan anjakan paradigma yang sewajarnya.
4. Berusaha menghidup suburkan pembudayaan ilmu dikalangan pelajar.
5. Menanam iltizam ke arah mencapai pendidikan yang berkualiti dikalangan pelajar.
6. Menghidup suburkan amalan dan pengetahuan agama sebagai benteng menangkis segala cabaran mendatang.
Aktiviti Sukan Tahunan 2015 Bagi Pelajar Sekolah Tadika Palong 7 Dan 8
Aktiviti Sukan ini telah berlasung pada 10.10.2015,dan berlangsung di dewan orang ramai felda palong 7,Kesemua pelajar Tadika terlibat dan para ibubapa turut memeriahkan majlis sukan tersebut.