LAPORAN JUN

                                                            

Tajuk      :Microsoft Excel Dan Kegunaannya

Tarikh    :09 Jun 2018

Masa       :03.30 petang – 5.30 petang

Tujuan

Memberi penerangan kepada mereka apa kelebihan dan kebaikkan menggunakan m.excel dalam membuat penjadualan dan pengiraan akaun. Ini hanya peringkat pengenalan untuk kefahaman mereka sebelum ke peringkat seterusnya.

 Kelebihan Aktiviti

  1. Peserta akan lebih peka dan berdisiplin dalam menaip setiap perkara yang diinginkan.Peserta lebih faham cara penggunaan m.excel.Lebih mengetahui fungsi dan kelebihan m.excel.Peserta juga boleh berjinak-jinak atau mencuba untuk menggunakan m.excel dalam membuat laporan akaun bulanan.

 



LAPORAN JUN

                                                            

Tajuk      :E-pembelajaran Kepada Pelajar Sekolah Rendah

Tarikh    :03 Jun 2018

Masa       :10.00 pagi – 12.00 pagi

 

Tujuan

Tujuannya untuk meningkatan daya pengetahuan peserta dengan apa yang telah mereka pelajari. Banyak yang boleh mereka pelajari dengan adanya kemudahan yang disediakan seperti ini.

 Kelebihan Aktiviti

  1. Peserta akan lebih minat untuk terus belajar kerana setiap permainan adalah berunsurkan pembelajaran. Mereka akan lebih mengetahui bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan fakta melalui rujukan dan sumber-sumber yang betul. Dapat miningkatkan taraf pengetahuan mereka. Mengelakkan dari pengguna terus mempercayai sesuatu perkara itu tanpa membuat sebarang rujukkan dan usul periksa dahulu. Pembelajaran yang senang dan mudah difahami.

LAPORAN MEI

                                                            

Tajuk      :Klik Dengan Bijak dan Permainan Pendidikan   

Tarikh    :20 MEI 2018

Masa       :10.00 pagi – 12.00 Tengahari

 

Tujuan

Memberi penerangan kepada pelajar tentang cara melayari internet secara bijak

 Kelebihan Aktiviti

  1. Program ini diharapkan agar dapat memberi manfaat kepada pelajar disamping membantu mengelakkan pelajar dari terlibat dengan jenayah siber

 

LAPORAN JUN

                                                            

Tajuk      :Klik Dengan Bijak, ICT Dan Keselamatan Dalam Penggunaan Teknoloagi

Tarikh    :1 JUN 2018

Masa       :03.30 petang – 5.30 petang

 

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta apa yang mereka boleh kongsikan dan jangan kongsikan maklumat di media sosial dan bagaimana ianya boleh memberi manfaat kepada pengguna laman maya. Ini bertujuan untuk memanfaatkan ICT yang ada pada masa kini.

 Kelebihan Aktiviti

  1. Peserta dapat menghindari diri mereka dari menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara yang tidak bermanfaat. Dapat memupuk diri supaya menjadi seorang yang memanfaatkan ICT dan sentiasa berfikiran positif sebelum berkongsi sesuatu maklumat. Perlu memikirkan apa akibat yang berlaku sekiranya perkara negatif terjadi kepada rakan, keluarga ataupun kenalan mereka.

 

LAPORAN MEI

                                                            

Tajuk      :Promosi dan Kesedaran (DASHBOARD KOMUNITI) –                      SEBENARNYA.MY DAN CHECK YOUR LABEL

Tarikh    :19 MEI 2018

Masa       :3.00 Petang – 5.00 Petang

 

 

Tujuan

Mempromosikan PI1M dan Applikasi Dashboard Komuniti kepada penduduk setempat. Memberi taklimat tentang kesedaran terhadap penyebaran maklumat palsu dan keselamatan alat komunikasi yang digunakan pada masa kini.

 Kelebihan Aktiviti

  1. Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan PI1M kepada orang ramai dan secara tidak langsung meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti