Usahawan Iklan Berbayar Media Social Facebook (Viral) Separuh Masa

Nama : MOHAMMAD HAMIZI BIN HARUN

Umur  : 22 Tahun 

Ahli    : 2014

Latar Belakang 

Muhamad Hamizi merupakan anak watan di Felda Palong 8 ini. Beliau masih bujang dan kini bekerja sebagai penoreh getah. Sebelum menceburi bidang pengiklanan berbayar di media social ini, Hamizi pernah menjadi kisah kejayaan PI Felda Palong 7 yang mana telah menjadi kisah kejayaan pengusaha tebu dikawasan Felda Palong 7.

Projek tebu yang dijalankan Hamizi kini dihentikan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Oleh itu, timbulah idea beliau untuk membuat pendapatan sampingan dengan mencipta laman social di facebook untuk memberi perkhidmatan pengiklanan berbayar bagi memviralkan perniagaan orang lain.

Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, Hamizi hanya banyak menumpukan projek tanaman tebu beliau yang mana tidak memerlukan banyak aktiviti dalam penggunaan ICT.

Selepas pengunaan ICT/penglibatan PI1M

Aktiviti pendapatan sampingan yang sedang diusahakan Hamizi kini memerlukan 100% penggunaan ICT kerana beliau menggunakan medium media social di facebook dalam memviralkan aktiviti perniagaan pelanggan yang minat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Hamizi akan sering ke Pusat Internet untuk memastikan perniagaan pelanggannya mendapat sambutan dan diketahui pengguna facebook yang lain yang “follow”, “like” dan “share” laman facebook viral beliau.

                                                           (Hamizi datang ke PI untuk mengemaskini laman web viral beliau)