LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Muhammad Huzaiman Bin Hasmarudin

Tarikh Lahir : 05 April 2009

Umur : 10 Tahun

Pekerjaan : -

Pendidikan : UPSR

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Minat yang mendalam di dalam bidang teknologi maklumat telah mendorong Huzaiman untuk berkunjung ke Pusat Internet Felda Palong 7 bagi mendapatkan ilmu berkenaan teknologi maklumat. Huzaiman sentiasa menghadirkan diri menyertai kelas-kelas ICT anjuran Pusat Internet antaranya Kelas Microsoft Paint, Kelas Microsoft PowerPoint, Kelas Google Sign Up & Calendar dan banyak lagi. Huzaiman yang dahulunya hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer, kini beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering dijadikan rujukan oleh rakan-rakannya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Tidak padan dengan umur”, itulah kata-kata gurauan yang sering dilontarkan pelajar-pelajar lebih dewasa lain yang mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet  Palong 7 kepada Huzaiman. Oleh kerana sikap ingin belajar terlalu tinggi, beliau pernah mengikuti kelas Microsoft Office bersama pelajar yang lebih dewasa dari beliau.

Apakah yang Dipelajari Melalui PI

Pi1M banyak memberi tunjuk ajar dalam penggunaan teknoloagi terkini dan cara menggunakan internet dengan cara yang betul kearah yang lebih berfaedah.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Pi banyak membantu beliau dalam pelajaran iaitu membuat latihan secara online serta mencari maklumat tentang pelajaran bagi meningkatkan tahap pemahaman dalam dalam penggunaan komputer.

 Gambar Di Sini