LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Syasya Syazana binti Mohd Hasrol
Tarikh Lahir : 05 November 2009
Umur : 10 Tahun
Pekerjaan : -
Pendidikan : UPSR
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Minat yang mendalam di dalam bidang teknologi maklumat telah mendorong Syasya Syazana untuk berkunjung ke Pusat Internet Felda Palong 7 bagi mendapatkan ilmu berkenaan teknologi maklumat.Syasya Syazana sentiasa menghadirkan diri menyertai kelas-kelas ICT anjuran Pusat Internet antaranya Kelas Microsoft Paint, Kelas Microsoft PowerPoint, Kelas Google Sign Up & Calendar dan banyak lagi. Syasya Syazana yang dahulunya hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer, kini beliau semakin mahir menggunakan komputer dan sering dijadikan rujukan oleh rakan-rakannya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Tidak padan dengan umur”, itulah kata-kata gurauan yang sering dilontarkan pelajar-pelajar lebih dewasa lain yang mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet Palong 7 kepada Syasya Syazana. Oleh kerana sikap ingin belajar terlalu tinggi, beliau pernah mengikuti kelas Microsoft Office bersama pelajar yang lebih dewasa dari beliau.Dengan kelebihan tersebut, beliau gunakan untuk membantu rakan-rakan lain dalam bidang ICT yang mana beliau banyak berkongsi apa yang beliau pelajari ketika mengikuti kelas ICT di Pusat Internet 1Malaysia Palong 7 dengan rakan-rakan yang lain.
Apakah yang Dipelajari Melalui PI
Pi1M banyak memberi tunjuk ajar dalam penggunaan teknoloagi terkini dan cara menggunakan internet dengan cara yang betul kearah yang lebih berfaedah.
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
Pi banyak membantu beliau dalam pelajaran iaitu membuat latihan secara online serta mencari maklumat tentang pelajaran bagi meningkatkan tahap pemahaman dalam dalam penggunaan komputer.