Sejarah bagai Mana mendapat Nama "Palong"
Menurut sejarah, kawasan Palong merupakan kawasan perlombongan emas pada masa dahulu. Emas tersebut dikeluarkan dengan menggunakan peralatan yang dinamakan Palong.
Apabila Felda membuka kawasan ini, maka nama Palong telah digunakan bermula daripada Palong 1 sehingga Palong 23. Oleh itu, Felda Palong 7 juga tersenarai dalam Felda Palong ini.
Sektor Ekonomi utama penduduk di kawasan ini adalah pertanian iaitu hasil getah. Secara purata pendapatan penduduk di kawasan Felda Palong 7 ini adalah sebanyak RM 751 hingga RM 1500.