LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Azua Binti Muhammad
Tarikh Lahir : 25 September 1990
Umur : 29 Tahun
Pekerjaan : Suri Rumah/usahawan online
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains di UKM
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beilau merupakan seorang usahawan yang menumpukan sepenuhnya pada hasil pendapatan di Kiosk dan perniagaannya hanya dikenali di sekitar Felda Palong 7.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Dengan adanya Pusat Internet Felda Palong 7,beliau banyak menggunakan komputer di Pusat Internet dalam pencarian maklumat dan pembelajaran tentang mengembangkan perniagaan secara online dan dikenali secara meluas. Kini beliau turut membimbing mereka yang memerlukan khidmat beliau di Facebook personal juga menerima jemputan untuk berkongsi kejayaan beliau.
Apakah yang Dipelajari Melalui PI
PIM banyak membantu dalam mempelajari latihan keusahawanan yang melibatkan ICT dan pasaran atas talian.
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PiM membantu dalam bidang ICT di mana banyak perkara dipelajari dengan computer serta mendapat pendedahan tentang dunia tanpa sepadan ini.
Usahawan Iklan Berbayar Media Social Facebook (Viral) Separuh Masa
Nama : MOHAMMAD HAMIZI BIN HARUN
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Muhamad Hamizi merupakan anak watan di Felda Palong 8 ini. Beliau masih bujang dan kini bekerja sebagai penoreh getah. Sebelum menceburi bidang pengiklanan berbayar di media social ini, Hamizi pernah menjadi kisah kejayaan PI Felda Palong 7 yang mana telah menjadi kisah kejayaan pengusaha tebu dikawasan Felda Palong 7.
Projek tebu yang dijalankan Hamizi kini dihentikan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. Oleh itu, timbulah idea beliau untuk membuat pendapatan sampingan dengan mencipta laman social di facebook untuk memberi perkhidmatan pengiklanan berbayar bagi memviralkan perniagaan orang lain.
Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ICT, Hamizi hanya banyak menumpukan projek tanaman tebu beliau yang mana tidak memerlukan banyak aktiviti dalam penggunaan ICT.
Selepas pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Aktiviti pendapatan sampingan yang sedang diusahakan Hamizi kini memerlukan 100% penggunaan ICT kerana beliau menggunakan medium media social di facebook dalam memviralkan aktiviti perniagaan pelanggan yang minat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Hamizi akan sering ke Pusat Internet untuk memastikan perniagaan pelanggannya mendapat sambutan dan diketahui pengguna facebook yang lain yang “follow”, “like” dan “share” laman facebook viral beliau.
(Hamizi datang ke PI untuk mengemaskini laman web viral beliau)
- Celik ICT / Komuniti Pintar
Nama : Muhammad Majid Bin Ismail
Umur : 10 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Muhammad Majid Ismail atau lebih mesra di panggil Ajit merupakan pelajar sekolah di Sek. Keb. Palong 7. Beliau baru berumur 10 tahun dan merupakan anak ketujuh daripada 10 orang adik-beradik.
Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Ajit tidak suka membuang masa hanya bermain basikal dan bermain di taman permainan seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau sering menghabiskan masa beliau di PIM untuk memerhatikan pengguna-pengguna PIM yang lain menggunakan komputer bagi mendapatkan ilmu dalam penggunaan komputer.
Selepas pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Ajit kini telah pandai menggunakan komputer yang ada di PIM sendiri tanpa pengawasan oleh Pertugas PIM. Selain dari suka mengikuti kelas yang dijalankan di PIM, Ajit juga banyak menggunakan internet untuk mendapatkan latihan yang dikongsikan di blog-blog pembelajaran.
( Adik Ajit berada dihadapan mengikuti kelas yang dijalankan di PIM)
BOB D’JOHN (Usahawan roti john, burger dan oblong)
Nama : AINNUL HAKIM BIN BAKAR
Umur : 31 Tahun
Ahli : 2016
Latar Belakang
Ainnul Hakim bin Bakar merupakan anak watan di Felda Palong 8 ini. Beliau masih bujang dan salah seorang pengusaha ladang kelapa sawit. Sebelum menceburi bidang perniagaan ini, Ainnul hanya mengerjakan ladang kelapa sawit keluarga yang berada di sekitar Palong 8 ini.
Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ICT, Ainnul hanya seorang pengusaha ladang kelapa sawit yang hanya menumpukan dan menhabiskan masa di ladang tersebut sepenuh masa.
Selepas pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Ainnul kini menjadi celik it dan banyak “research” tentang perniagaan yang beliau jalankan dilakukan di Pusat Internet Felda Palong 7 antaranya mencari menu dan harga serta idea transformasi makanan yang mendapat sambutan dari orang ramai.
( Ainnul bersama pertugas sedang membuat rekaan bannerdan banting untuk
perniagaan baru beliau, Bon d’John)
USAHAWAN KECIL PERNIGAAN HERO FRUITY FRESH
Nama : Norfarizah Binti Borhan
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Norfarizah Binti Borhan adalah seorang perniaga yang berjaya di Felda Palong 7
Sebelum pengunaan ICT/penglibatan PI1M
Puan Norfarizah tidak terdedah dengan konsep mempromosikan perniagaan yang tepat dimana beliau hanya membuka gerai dan menunggu pembeli datang membeli jus buah-buahan tersebut. Hal ini tidak dapat menarik lebih ramai pembeli kerana tidak mempunyai sebarang keistimewaan iaitu hanya memproses buah-buahan yang boleh dibuat sendiri di rumah.
Selepas pengunaan ICT/penglibatan PI1M
PIM membantu Puan Norfarizah untuk meningkatkan dan menarik minat penduduk sekitar Felda Palong 7 dan 8 untuk membeli jus buah-buahan di gerai beliau iaitu dengan cara mempromosi serta menambah baik produk jus buah-buahan yang disediakan Puan Norfarizah.
Selain itu, PIM juga membantu Puan Norfarizah untuk mendapatkan maklumat berkaitan cara serta kaedah penyediaan jus buah campuran bagi mempelbagaikan produk yang disediakan di gerai Puan Norfarizah.
Norfarizah Binti Borhan sedang belajar membuat kira-kira mengunakan M.Exel